Kehidupan Sementara Di Dunia


 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.          


Syukur, Alhamdulillah, dapat kita berkongsi dan berbincang berkenaan perjalanan hidup kita di dunia ini. Website ini diwujudkan adalah sebagai sesi percambahan minda untuk kita berkongsi Ilmu. Justeru marilah kita bersama-bersama berkongsi Ilmu dan pengetahuan agar dapat digunakan sebagai panduan kita menuju ke akhirat. Saudara-saudara dan sahabatku yang ku muliakan. Segala kekayaan, pangkat dan darjat yang kita miliki di dunia hanyalah bersifat sementara. Ianya tidak kekal dan tidak boleh dibawa ke sana sebagai bekalan. Perbanyakanlah diri mengislah diri bertaubat dan berselawat ke atas junjungan nabi S.A.W kita agar kita diberi ketenangan dan kebahagian diakhirat. 

Setiap manusia yang bercita-cita untuk berjaya di dunia mempunyai matlamat dan cara-cara  tersendiri untuk mencapainya. Untuk berjaya kita telah merangka pelbagai perancangan kehidupan. Namun begitu Allah jualah yang menentukan segalanya. 

Pelbagai Pelan Tindakan kejayaan diri di dunia kita telah buat. Apakah Pelan Tindakan Strategik yang kita fikirkan untuk diri kita, sahabat-sahabat kita serta penduduk seluruh alam ini yang telah kita buat bagi kejayaan yang berkekalan di akhirat nanti. 

Sama-samalah kita renung dan fikirkan . Semoga Allah S.W.T merahmati kita semua. Cukuplah setakat ini nanti kita bersambung lagi dimasa yang akan datang, Insya Allah.

Marilah kita sama-sama tutup dengan Tasbih Kafarah.


“SUBHAA NAKALLAAHUMMA WA BIHAMDIKA ASYHADU ANLAA ILAHA ILLAA ANTA ASTAGHFIRUKA WA ATUU BU ILAIKA
 



Post a Comment

1 Comments