Kelebihan membaca Bismillahillazi...

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.   


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini admin ingin berkongsi kebaikan dan kelebihan membaca "Bismillahilazi La Yadurru Maasmihi Shaiun Fil Ardi Wa La Fis Samaaie, Wahuwas Samiul Alim".

Terdapat banyak kelebihan bagi orang yang mengamalkan doa ini. Doa ini hendaklah diamalkan dengan yakin sepenuhnya hanya Allah S.W.T sebagai pelindung diri kita dan tidak akan datang apa-apa mudarat pun kecuali yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Doa ini juga boleh dijadikan sebagai pelindung daripada sebarang wabak dan menghalang orang yang cuba melakukan perkara yang tidak baik (kejahatan) kepada kita. Caranya sebelum membaca hendaklah bermohon kepada Allah S.W.T apa yang kita niatkan dan bertawakal serta menyerahkan diri pada Allah sepenuhnya. Insya Allah, Allah pelihara kita. Semoga memberi manafaat kepada semua.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat kita amalkan dan sampaikan. Insya Allah.

Hadith berkaitan doa ini:

Sayyidina Usman bin Affan r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda. " Sesiapa yang membaca doa ini tiga kali pada waktu petang maka sehingga ke pagi tidak akan ditimpa  oleh apa-apa musibah secara mengejut. Jika dia membaca doa ini pada waktu pagi maka sehingga ke malam dia tidak akan ditimpa apa-apa musibah  secara mengejut" Doa itu ialah: 



Dengan nama Allah S.W.T yang bersama nama-Nya itu apa-apa sahaja di bumi atau di langit tidak boleh memberi mudarat dan Dialah zat yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui' (Hadith riwayat Abu Daud)

Rujukan: Hadith ini diambil daripada Kitab Muntakhab Ahadis (Hadis-hadis Pilihan). M/S 375 Hadith No. 235. Cetakan kesepuluh 1440H April 2019.

Nota:
Doa ini juga boleh diamal berserta doa di bawah bagi mencegah serta melindungi diri daripada COVID-19. Sebelum membaca kedua-dua doa ini hendaklah bermohon kepada Allah agar dijauhkan segala kemudaratan dan wabak COVID-19 dengan bertawakal kepada Allah sepenuhnya tanpa ragu-ragu. Jom sama-sama kita amalkan. Insya Allah.



Semoga dapat diamalkan dan disampaikan.Insya Allah.

Kita tutup dengan Tasbih Kafarah.

“SUBHAA NAKALLAAHUMMA WA BIHAMDIKA ASYHADU ANLAA ILAHA ILLAA ANTA ASTAGHFIRUKA WA ATUU BU ILAIKA






Post a Comment

0 Comments