Biodata Nabi Muhamad S.A.W dan Keluarga Baginda

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.   


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan izinnya dapatlah kita semua berkongsi secara ringkas Biodata Nabi Muhamad S.A.W dan Keluarga Baginda. Diharapkan kita dapat mengenali junjungan kita Nabi Muhamad S.A.W dengan lebih mendalam lagi.

1. Nama dan Nasab :

Muhamad S.A.W bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Quashaiy bin Kilab.. bin Adnan.. Ismail a.s bin Ibrahim..

Nasab Nabi Muhammad S.A.W bin Abdullah sampai kepada Nabi Ibrahim a.s.

2. Tarikh Lahir :

Hari lsnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai Tahun Gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Kaabah) 

3. Bapa Nabi :

'Abdullah bin 'Abu Muttalib bin Hashim Beliau meninggal dunia ketika Nabi Muhammad berada dalam kandungan ibunya.

4. Ibu Nabi :

Nama Ibu: Aminah binti Wahb bin 'Abdul Manaf bin Zufrah. Meninggal dunia ketika Nabi S.A.W berusia 6 tahun.

5. Ibu Susuan Nabi :

  1. Ibu Susuan Pertama : Thuwaibah (bekas hamba perempuan Abu Lahab).
  2. Ibu Susu Kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

6. Datuk Nabi :

'Abdul Muttalib bin Hashim. 'Abdul Muttalib itu sebenarnya ialah gelaran, nama sebenarnya ialah Syaibah. Beliaulah yang mengambil alih menjaga Nabi SAW selepas ibunya meninggal dunia sehinggalah beliau pula meninggal dunia ketika Nabi berusia 8 tahunSetelah kematian 'Abdul Muttalib, Nabi SAW tinggal bersama bapa saudaranya iaitu Abu Talib.

7. Bapa-bapa saudara nabi atau anak atau anak-anak 'Abdul Muttalib

  1. Al-Harits (anak 'Abdul Muttalib yang paling tua).
  2. Az-Zubair.
  3. Hajl.
  4. Dhirar
  5. AI-Muqawwam.
  6. Abu Lahab.
  7. Al-'Abbas (anak 'Abdul Muttalib yang paling kecil atau bongsu).
  8. Hamzah.
  9. Abu Talib (yang membela Nabi SAW). 
  10. 'Abdullah (bapa Nabi SAW).

8. Ibu-ibu saudara Nabi :

  1. Umaimah.
  2. Ummu Hakim.
  3. Barrah
  4. 'Atikah.
  5. Shafiyyah.
  6. Arwa.
9. Isteri-isteri Nabi :
  1. Khadijah binti Khuwailid. 
  2. Saudah binti Zam'ah.
  3. 'Aisyah binti Abu Bakar.
  4. Hafsah binti Umar.
  5. Zainab binti Khuzaimah.
  6. Ummu Salamah binti Abi Umayyah.
  7. Zainab bin Jahsyi.
  8. Juwairiyah binti al-Harits.
  9. Ummu Habiba binti Abu Sufyan.
  10. Shofiyyah binti Huyai.
  11. Maimunah binti al-Harits.

10. Anak-anak Nabi :
  1. Ath-Thayyib (anak bersama Khadijah).
  2. Ibrahim (anak bersama Mariyah al­ Qibtiyah).
  3. Ath-Thahir (anak bersama Khadijah). 
  4. Al-Qasim (anak bersama Khadijah).
  5. Zainab (anak bersama Khadijah).
  6. Ruqayyah (anak bersama Khadijah).
  7. Ummu Kultsum (anak bersama Khadijah).
  8. Fatimah (anak bersama Khadijah).
11. Cucu-cucu Nabi :
  1. Al-Hasan (anak Fatimah).
  2. Al-Husain (anak Fatimah).
  3. Ummu Kultsum (anak Fatimah).
  4. Zainab (anak Fatimah).
  5. 'Ali (anak Zainab).
  6. Umamah (anak Zainab).
Rujukan 1 : m/s 76-77 Kenali Rasul Kita Muhammad S.A.W - Menyingkap dan Mengenal Keperibadian dan Cara Hidup Insan Mulia. 

Rujukan 2 :  facebook Majlis Agama Islam bertarikh 19 November 2018.

Semoga kita semua mendapat rahmat daripada Allah S.W.T 

Kita tutup dengan Tasbih Kafarah.

“SUBHAA NAKALLAAHUMMA WA BIHAMDIKA ASYHADU ANLAA ILAHA ILLAA ANTA ASTAGHFIRUKA WA ATUU BU ILAIKA





Post a Comment

0 Comments