Penyakit Wahan

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.   


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan izinnya dapat saya memuat naik dalam web ini " Apakah yang dikatakan penyakit wahan". Tujuan saya adalah untuk berkongsi Ilmu yang mana saya sendiri masih lemah dan masih belajar lagi dan lagi. Semoga dengan perkongsian ini dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran kepada kita agar tidak terleka dengan dunia yang hanya sementara.

Seorang sahabat bertanya: “Apakah penyakit wahan itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab: “Cinta dunia dan takut mati” (HR Abu Daud). Hadis di atas menyatakan bahawa berlakunya keadaan ini apabila umat akhir zaman ini menghidap dua penyakit yang amat kronik. Cintakan dunia dan takutkan mati.

rujukan: Buku 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman m/s 13 dan 14. Karangan Syeikh Ahmad Fahmi bin Zamzam (Abu Ali Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki)

Justeru saudara-saudaraku, sahabat-sahabatku, kawan-kawanku yang dikasihi semua, berpeganglah kepada Al-Quran dan Sunah Rasulullah nescaya kita tidak akan tersesat. Insya Allah. Didoakan juga, semoga Allah S.W.T merahmati kita semua . Aamiin.


Kita tutup dengan Tasbih Kafarah.

“SUBHAA NAKALLAAHUMMA WA BIHAMDIKA ASYHADU ANLAA ILAHA ILLAA ANTA ASTAGHFIRUKA WA ATUU BU ILAIKA



Post a Comment

0 Comments