بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Admin telah membaca beberapa hadith-hadith berkaitan bersugi. Diharapkan hadith ini dapat dikongsi dan disampaikan kepada semua dan diamalkan (bersugi).
Antara hadith-hadith berkaitan bersugi adalah:
i. Sayyidatina Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda, " Bersugi akan membersihkan mulut dan menyebabkan keredhaan Allah S.W.T." (Nasa' i).
Rujukan Kitab Muntakhab Ahadis Bab Solat: Fadlilat Wuduk. Hadith no 257. m/s 234.
ii. Sayyidatina Aishah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Dua rakaat solah setelah bersugi lebih afdal disisi Allah S.W.T daripada 70 rakaat tanpa bersugi" (Bazzar: Majma' Uz Zawa'id).
Rujukan Kitab Muntakhab Ahadis Bab Solat: Fadlilat Wuduk. Hadith no 261. m/s 235.
iii. Saiyyidina Huzaifah berkata apabila Rasullullah S.A.W bangun untuk bertahjud maka Baginda S.A.W maka Baginda S.A.W akan membersihkan mulutnya dengan miswak. (Muslim).
Rujukan Kitab Muntakhab Ahadis Bab Solat: Fadlilat Wuduk. Hadith no 262. m/s 235.
iv. Sayyidina Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda. "Sekiranya tidak akan menyusahkan umatku maka pasti aku memerintahkan mereka bersugi ketika setiap kali menunaikan solah." (Muslim).
Rujukan Kitab Muntakhab Ahadis Bab Solat: Fadlilat Wuduk. Hadith no 254. m/s 233.
Antara kelebihan bersugi adalah:
- Dapat membersihkan mulut;
- Mendapat keredhaan Allah SWT;
- Amalan bersugi tidak disukai oleh syaitan;
- Allah SWT dan Malaikat mengasihi orang yang bersugi;
- Bersugi dapat menguatkan gusi;
- Dapat menghilangkan gelema. (kahak);
- Mewangikan mulut; dan
- Menguatkan pandangan mata.
0 Comments