KEKUASAAN HANYA DI TANGAN ALLAH

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.   


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bersama-sama ini disertakan sedikit intipati kekuasaan hanya di tangan Allah untuk dikongsi kepada semua dalam post ini.

Marilah sama-sama kita berfikir dan renungkan. Semoga Allah S.W.T merahmati kita semua.


KEKUASAAN HANYA DI TANGAN ALLAH


"Amat sedikit yang merasai bahawa kekuasaan itü hanya di tangan Allah, menyebabkan timbul rasa takut kepada selain Allah.”

Asal seorang hamba melihat dengan mata hatinya ada yang berkuasa selain dari Allah, walaupun sekecil-kecil kuasa, cacatlah imannya kepada Allah. Kerana iman tidak boleh dicelahi oleh jahil, syak, zan dan waham. Sekiranya ada zan di dalam hati kita bahawa ada selain Allah yang berkuasa maka kita telah terjebak ke dalam perkara yang tidak boleh ada pada hati Mukmin hakiki. Mukmin yang hakiki hanya nampak kekuasaan di tangan Allah semata-mata. Kekuasaan di tangan orang lain hanya pinjaman. Allah boleh mencabutnya bila-bila masa saja. Kekuasaan itü hanyalah sehelai baju yang diberi pinjam oleh Allah.

Firman Allah:
Engkau beri kekuasaan kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kekuasaaın dari siapa yang Engkau kehendaki. (Ali Imran: 26)
''Petikan ini diambil daripada Buku Menyelesaikan Masalah dari Kacamata Rohani
Melihatnya Dengan Mata Hati". Cetakan Pertama Januari 2008, rujukan Bahagian 1: Masalah Tauhid, muka surat 9.


Daripada petikan ini admin secara amnya melihat hanya Allah S.W.T sahaja yang berkuasa, makhluk langsung tiada kuasa. Kesemua apa yang kita lakukan hendaklah disandarkan hanya kepada Allah S.W.T. jua.

Semoga kita semua mendapat Taufik dan Hidayah untuk di amalkan dan disampaikan.

Kita tutup dengan Tasbih Kafarah:

“SUBHAA NAKALLAAHUMMA WA BIHAMDIKA ASYHADU ANLAA ILAHA ILLAA ANTA ASTAGHFIRUKA WA ATUU BU ILAIKA







Post a Comment

0 Comments