Kelebihan membaca Allahhumma Ajirni Minan-naar

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.   


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini admin ingin berkongsi kepentingan membaca "Allahumma Ajirni Minan-naar". Diharapkan dengan perkongsian ini dapat kita amalkan dan sampaikan. Insya Allah.


Sayyidina Muslim bin Haris Tamimi r.a meriwayatkan bahawa Baginda S.A.W berbisik kepadanya. Apabila kamu telah selesai solat maghrib, bacalah:


"Allahumma Ajirni Minan-naar"


''Ya Allah selamatkanlah daku daripada neraka'' tujuh kali kerana sesungguhnya apabila kamu menyebutkan kalimah itu, kemudian kamu mati pada malam itu, maka kamu akan terselamat daripada neraka dan apabila doa itu kamu baca sebanyak 7 kali selepas solat subuh dan kamu mati pada hari itu maka kamu akan terselamat daripada api neraka (Abu Daud) 

Keterangan: Rasulullah telah berbisik kepada sahabat tersebut supaya kepentingan perkara yang diberitahu terpahat dalam hatinya. (Bazl ul-Majhud)

Rujukan Kitab Muntakhab Ahadis Bab Solat: Solat Fardu. Hadith no 38. m/s 141.

Link bacaan: https://www.youtube.com/watch?v=vRCY3Qc5xs4&ab_channel=encikmham



Kita tutup dengan Tasbih Kafarah.

“SUBHAA NAKALLAAHUMMA WA BIHAMDIKA ASYHADU ANLAA ILAHA ILLAA ANTA ASTAGHFIRUKA WA ATUU BU ILAIKA


Post a Comment

0 Comments