RUKUN TAWAKAL

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Info ini diambil  daripada facebook Dr. Muhammad Ikram Abu Hassan bertarikh 6 Februari 2021.

Petikan daripada Dr. Muhammad Ikram Abu Hassan dalam facebooknya.

Bismillahirrahmanirrahim. 

Rukun Tawakkal.

Saya nukilkan kata-kata Syeikh Dr Muhammad Ratib Annabulsi hafizahullah :

خذ الأسباب كأنها كل شيء

وسلم أمرك لله كأنها ليست بشيء.

Ertinya :

Berpegang kepada asbab kejayaan seolah-olahnya itu segala-galanya jalan kejayaan dan, berpautlah kepada Allah seolah-olahnya sebab-sebab tadi tiada gunanya satu pun.

Oleh itu: rukun tawakkal terbahagi kepada dua:

1. Usaha, bekerja, beramal yang tidak belah bahagi.

2. Iktikad, kepercayaan yang tidak belah bahagi.

Semoga Allah mudahkan urusan kita semua.

Wallahuallam.



Post a Comment

0 Comments