Solat Tasbih

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.   


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini admin ingin berkongsi mengenai solat tasbih.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat kita amalkan dan sampaikan. Insya Allah.

Hadith Solat Tasbih:

Sayyidina 'Abdullah bin 'Abbas r.huma meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda kepada 'Abbas bin Abd ul-Muthalib r.a, "Wahai Abbas, wahai pakcikku, tidakkah saya berikan kepadamu, tidakkah saya kurniakan kepadamu, tidakkah saya hadiahkan kepadamu, tidakkah saya beritahu kamu sepuluh perkara yang apabila kamu lakukannya maka Allah SWT akan ampunkan dosamu sama ada yang terdahulu, yang terkemudian, dosa lama atau baru, dosa sengaja atau tidak sengaja, dosa besar atau kecil, dosa yang dilakukan secara sembunyi atau dosa yang dilakukan secara terang-terangan? Sepuluh perkara itu ialah, kamu menunaikan solah empat rakaat. Kamu membaca dalam setiap rakaat al Fatihah dan juga satu surah. Apabila kamu sudah selesai daripada bacaan surah itu pada rakaat pertama sedangkan kamu masih berdiri maka bacalah,



'Subhaanallaah, Walhamdulillaah, Walaa ilaaha illa allah, Walllaahu Akbar.' lima belas kali Kemudian kamu rukuk dan ucaplah kalimah itu sepuluh kali semasa kamu rukuk. Kemudian kamu bangun daripada rukuk maka ucaplah kalimah itu sepuluh kali. Kemudian kamu turun untuk sujud dan ucaplah kalimah itu sepuluh kali sedangkan kamu masih sujud. Kemudian kamu bangun daripada sujud (untuk duduk di antara dua sujud) dan bacalah kalimah itu sepuluh kali. Kemudian kamu sujud kali kedua maka ucapkanlah kalimah itu sepuluh kali. Kemudian kamu bangun daripada sujud (untuk duduk istirahah) sebelum berdiri maka ucapkanlah kalimah ini sepuluh kali. Jumlah kesemua tasbih itu ialah tujuh puluh lima kali pada setiap rakaat. Wahai bapa saudaraku, kamu lakukan demikian pada keempat-empat rakaat. Sekiranya kamu mampu untuk mengerjakan solah ini pada setiap hari maka lakukanlah. Sekiranya kamu tidak mampu maka kerjakanlah sekali pada hari Jumaat. Sekiranya tidak mampu maka kerjakan sekali pada setiap bulan. Sekiranya tidak mampu kerjakanlah sekali pada setiap tahun. Sekiranya tidak mampu maka kerjakanlah sekali sepanjang hayat kamu".
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Rujukan: Hadith ini diambil daripada Kitab Muntakhab Ahadis (Hadis-hadis Pilihan). M/S 200 Hadith No. 183. Cetakan Kesepuluh 1440H / April 2019.

Link penerangan Solat Tasbih:

Kita tutup dengan Tasbih Kafarah:

“SUBHAA NAKALLAAHUMMA WA BIHAMDIKA ASYHADU ANLAA ILAHA ILLAA ANTA ASTAGHFIRUKA WA ATUU BU ILAIKA








Post a Comment

0 Comments