ENAM (6) SIFAT SAHABAT R.A

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.   


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bersama-sama ini admin ingin berkongsi enam (6) sifat sahabat:

Kejayaan dan kebahagian manusia telah Allah S.W.T letakkan dalam agama yang sempurna iaitu sejauh mana manusia taat pada Allah S.W.T dan ikut sunah Rasullullah S.A.W. Sehingga ke hari ini ummat Islam belum mampu untuk mengamalkan agama dengan sempurna, sedangkan para sahabat Nabi r.a dulu telah berhasil mengamalkan agama dengan sempurna. Kenapa para sahabat r.a mampu mengamal agama dengan sempurna?. Sebabnya diri mereka ada sifat-sifat yang mulia.

Para ulama telah mengumpulkan sifat-sifat mulia para sahabat yang terangkum dalam enam (6) sifat sahabat. Enam sifat ini bukanlah kesempurnaan agama, akan tetapi bila kita mempunyai enam (6) sifat ini, maka kita akan mampu mengamalkan agama dengan sempurna.

Enam (6) sifat sahabat tersebut adalah:

1. Yakin terhadap kalimah " Laa Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah ";

2. Solat Khusyu dan Khuduk;

3. Ilmu dan Zikir;

4. Ikram muslimin;

5. Niat Ikhlas; dan

6. Dakwah dan Tabligh.


Semoga dapat diamalkan dan disampaikan.Insya Allah

Kita tutup dengan Tasbih Kafarah.

“SUBHAA NAKALLAAHUMMA WA BIHAMDIKA ASYHADU ANLAA ILAHA ILLAA ANTA ASTAGHFIRUKA WA ATUU BU ILAIKA





Post a Comment

0 Comments